Sahabat

Assalamualaikum , selamat sejahtera wahai pembaca blog semua , * skema tak ayat?Hihi * Entry kali ni , 'Hazim' nak cerita secara ringkas tentang kawan-kawan Hazim . Hazim kata kowwww . *Sebenarnya aku tak biase panggil diri aku Hazim so aku guna "Aku" jelah ya* Ok , back to the main story , bagi akulah kan , kawan memang boleh sampai berjuta-juta , tapi dalam angka yg banyak tu , bukan semua yang boleh dipercayai , ada pelbagai jenis , perangai . Oleh yg demikian , aku tak suka ada ramai kawan , biar kawan sikit tapi berguna , jangan ramai kawan tetapi semuanya yg suka ambil kesempatan , tikam dari belakang dan sebagainya.

Sememangnya , peramah memang perkara yg baik , tetapi kadang kala , tabiat ini mengundang masalah kepada diri kita . Pada zaman IT ini , pelbagai medium seperti laman sosial boleh digunakan untuk mencari rakan .Facebook , Twitter , YahooMail , Skype dan lain-lain sememangnya popular dalam kalangan masyarakat era ini. Dalam konteks ini , kita boleh mengenali pelbagai manusia di seluruh dunia tidak kira etnik , fahaman dan keturunan . Jika diteliti dengan lebih dalam , melalui laman sosial , pelbagai perkara kita boleh dapat , samaada yg baik mahupun yg buruk .

Cukuplah mukadimah untuk entry kali ini , =) Hihi ,

Ok , mendahului senarai SAHABAT pada 1998-2012 :-

Amir Faiz bin Hashim . Siapa sangka kami pernah berjumpa di taska pada umur 4 tahun . Tetapi , pada waktu itu , aku masih tidak mengenalinya sehinggalah kami bersekolah di PRA-SEKOLAH SKKRU . You know what , time Pra-Sekolah kitorang tak adalah rapat sangat . Masa masuk sekolah rendah di SKKRU , kitorang mula rapat , *rasanyalah* . Masa sekolah rendah , Amir lebih pandai dariku . Darjah 1 , dia dapat no1 , aku no 3 , darjah 2 , dia dapat no2 , aku no 3, darjah 3 ,aku no2,dia no4 . *Akhhirnya , aku berjaya mengatasi dia . HOHO* Finally  , masa UPSR kitorang dapat 5A , Alhamdulillah , tapi nasib dia lebih baik , berjaya menempatkan diri di SBP Sultan Alah Shah . AKu ? Hanya Sekolah biasa di Pelabuhan Klang .

Muhammad Qusyairi bin Abd Mohan . Dia aku kenal masa Pra-Sekolah juga . Aku , dia dan Amir sangat rapat , sehingga ibu kami menggelar kami sebagai 3Abdul , Three Stooges , Doremi . Qusyai sama sekolah dengan aku sehingga kini . Pergi sekolah sama-sama , =) Wiwwittt , macam gerlpreng gitu . Hihi .

Muhammad Zulkhairi bin Muhammad Zuki . Siapakah lelaki ini ? Hmmm , walaupun kami kenal masa di tingkatan 1 , tetapi aku selesa berkawan dengan dia . 1 perkara yg aku kagum dengan dia , dia tak pernah marah sejak aku kenal dengan dia . Awesome right ?Masa tingkatan 1 , aku ketua tingkatan 1RK, manakala dia pula penolong aku .Sebelum dia digantikan oleh Iszudin sebab Zul ni dulu dia pindah sekolah seminggu je ,  *Ada assistant beb* Masa awal tingkatan 2 , dialah ketua tingkatan 2RK ,aku pula penolong dia*turun pangkat dah* Kitorang beza 1 undi je , tu pun sebab Afiq yg baru masuk 2RK tak berapa nak kenal kitorang, tapi bila ada pemilihan pengawas , Zul pergi jadi pengawas , so , terpaksalah aku jadi ketua tingakatan . Banyak jugalah kerja kene buat . Ucap selamat sejahtera bila cikgu masuk kelas , jaga buku kawalan kelas , tu je . BANYAK KAN ? Haha ,

Nurul 'Ain Najihah binti Sulaiman . Holla , budak gemok + gedempol + gedik + gendut + gatal ni mestilah wajib ada dalam senarai ni .Saja letak hujung list sebab dia letak nama aku dekat bahagian last entry dia . She is my Bestie merangkap PA , Adviser , Girlpreng , haha . Study dulu Mox . Dia dapat 5A in UPSR . Gempak kan ? Kitorang kenal pada 13.3.2012 dekat TWITTER , *Lawa date tu* , See , from Twitter , they can be our friend the our bestfriend .  1 perkara yg aku tak suka dekat dia , ramai benaw lelaki suka dia , sampai kadang-kadang susah nk tweet dengan dia . Hihi . Bab yg lain , semua aku suka . =) Tahun depan kau belajar elok-elok tau Mox , kita dah tak contact lagi kan ? Anyway , FIGHTING!

4 orang , cukuplah kan ? Sebenarnya ada lagi , tapi tak larat nak taip , almaklumlah , ni first time kot aku taip panjang berjela . Nama yg lain , Adiel Haqimie , Aiman Syakir , Shahril , Ameen , ni yg aku ingat lah . Hihi .

Macam karangan biasa jugak , setiap karangan mesti ada penutup , so penutupnya :-

Konklusinya , walau siapa pun rakan anda , miskin ataupun kaya , hodoh ataupun kacak , pandai ataupun bodoh , kita seharusnya hidup sandar menyandar , bagai aur dengan tebing , berat sama dipikul , ringan sama dijinjang , mana yg buruk , kita buang , bak kata pepatah buang yg keruh ambil yg jernih . Semoga , persahabatan kita berkekalan hingga ke nafas terakhir.

Sekian ,


by-HM